fbpx

Kebangkitan dramatik AC Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALHANOGLU muncul wira apabila berjaya menyempurnakan penentuan sepakan penalti terakhir sekali gus melayakkan Milan ke peringkat kumpulan Liga Europa musim ini.

VILA DO CONDE, Portugal – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli berbangga dengan kejayaan anak-anak buahnya yang terpaksa bermandi peluh sebelum berjaya mengesahkan slot mereka dalam peringkat kumpulan Liga Europa musim ini.

Kejayaan itu tidak hadir de­ngan mudah selepas Milan mencatat kemenangan 9-8 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Portugal, Rio Ave selepas terikat 2-2 dalam tempoh 120 minit aksi playoff Liga Europa di Stadium Arcos awal pagi semalam.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan sekarang selepas terpaksa berhempas pulas sepanjang perlawanan bagi memastikan Milan layak ke peringkat kumpulan Liga Europa musim ini.

“Kesabaran dan keyakinan ditunjukkan para pemain dalam penentuan sepakan penalti ini membuktikan kemampuan Milan. Pasukan ini akhirnya berjaya merealisasikan satu matlamat utama untuk musim ini,” kata Pioli.

Milan perlu menunggu sehingga dua minit masa kecederaan dalam separuh masa kedua tambahan untuk menjaringkan gol penyamaan 2-2 pada minit ke-122 bagi mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Lebih mendebarkan apabila Milan terpaksa mengharungi 24 penentuan sepakan penalti sehingga kedua-dua penjaga gol daripada setiap pasukan juga perlu mengambilnya sebelum Hakan Calhanoglu memastikan kejayaan buat gergasi Itali itu.

Kejayaan itu menyuntik semangat Milan untuk meneruskan momentum kemenangan dalam saingan liga domestik menjelang perlawanan ketiga Serie A menentang Spezia Calcio di Stadium San Siro awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI