fbpx

Kane pacu Spurs ke Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE berjaya menjaringkan tiga gol dalam kemenangan bergaya ke atas Maccabi sekali gus layak ke peringkat kumpulan Liga Europa. - AFP

LONDON – Bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane membuktikan ketajamannya apabila meledak hatrik membantu pa­sukan itu membelasah Maccabi Haifa 7-2 pada aksi playoff Liga Europa di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Kecemerlangan ‘mesin gol’ skuad antarabangsa England itu menyaksikan Spurs berjaya mengesahkan slot dalam pe­ringkat kumpulan Liga Europa musim ini.

Pengurus Spurs, Jose Mou­rinho, 57, teruja dengan kecemerlangan Kane, 27, dalam perlawanan itu yang turut menyaksikan Giovani Lo Celso berjaya meledak dua jaringan selain satu gol masing-masing daripada Lucas Moura dan Dele Alli.

“Kane sudah terlalu banyak menjaringkan hatrik buat Spurs, malah saya sendiri tidak percaya dia menyimpan setiap bola perlawanan di kediamannya.

“Saya gembira kerana Kane sentiasa berjaya menemui sentuhan penyudahnya. Tiada apa yang perlu saya ulas mengenai perlawanan ini kerana secara keseluruhannya saya amat berpuas hati,” katanya.

Kemenangan bergaya itu secara tidak langsung melegakan Mourinho selepas beliau mengesahkan pemain sayap sensasi Korea Selatan, Son Heung-min tidak dapat diturunkan dalam beberapa perlawanan selepas ini kerana masalah kecergasan.

Aksi seterusnya menyaksikan Spurs bakal membuat perhitungan dengan bekas kelab Mourinho iaitu Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford malam esok. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI