fbpx

Kai EXO ingin kembali ke zaman remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAI EXO

ANGGOTA kumpulan EXO iaitu Kai menasihatkan dirinya supaya tidak mengulangi semula tindakan yang telah dilakukan semasa muda.

Bukan sahaja untuk diri sendiri, pesanan tersebut juga ditujukan untuk semua artis baharu K-pop yang sedang mencipta nama.

Antara perkara yang dipesan ialah menjaga kesihatan, jangan berusaha terlalu keras dan nikmati usia remaja sebaik mungkin.

“Semasa muda, saya bekerja terlalu kuat untuk menjadi bintang terkenal sehingga mengabaikan kesihatan.

“Masa remaja saya banyak dihabiskan dengan menjalani latihan sehingga tidak dapat menikmati hidup,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 26 tahun itu turut berharap dapat kembali ke masa lalu dan menikmati usia remajanya dengan puas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI