fbpx

Guna plastik pembungkus ganti pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tersebut menggunakan plastik pembungkus makanan sebagai pelitup muka kerana panik dengan kehadiran pihak berkuasa di sebuah warung makanan. – INSTAGRAM

JAKARTA – Seorang lelaki yang panik ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan pematuhan protokol kesihatan Covid-19 menjadikan plastik pembungkus makanan sebagai pelitup muka di Solo, Jawa Tengah baru-baru ini.

Menurut laman Suara.com, rakaman gelagat lelaki itu dimuatnaik di laman Instagram @energisolo menunjukkan dia menerangkan sesuatu kepada anggota polis yang sedang melakukan pemeriksaan di sebuah kedai makan.

“Disebabkan panik melihat anggota keselamatan melakukan pemeriksaan di sebuah warung kopi, beg plastik dijadikan pelitup muka,” tulis keterangan video berkenaan.

Sejak dimuatnaik semalam, video tersebut mendapat lebih 40,000 tontonan dan banyak komen daripada pengguna laman sosial itu.

“Apabila orang awam makan di warung tepi jalan dan tanggalkan pelitup muka akan diserbu, tapi mengapa di pusat beli-belah dibiarkan saja?,” tulis seorang pengguna.

“Mengapa ia perlu dirakam, ia memalukan sesiapa sahaja yang terlibat, bagaimana jika ia dilihat oleh anak-anaknya?,” ujar seorang pengguna lain.

Sementara itu, seorang lagi pengguna mempersolakan keperluan pemakaian pelitup muka ketika di kedai makan yang menyukarkan pelanggan untuk menjamah pesanan mereka.

“Bagaimana hendak minum kopi jika pelitup mulut tidak dibuka?,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI