fbpx

Gajah lapar makan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COLOMBO – Satu kawanan gajah liar didapati kerap mencari dan memakan sisa sampah termasuk plastik di satu tapak pelupusan sampah di Oluvil, daerah Ampara di Sri Lanka, menurut laporan akhbar Daily Mail kelmarin.

Seorang jurugambar, Tharmaplan Tilaxan yang tinggal di bandar Jaffna dekat sini sempat merakam satu koleksi gambar menyayat hati menunjukkan hampir 30 ekor mamalia darat terbesar dunia mencari makanan di tapak pelupusan sampah itu.

Malah, hasil pemeriksaan membabitkan najis gajah liar mendapati ada kandungan bahan politena dan plastik di dalam perut hidupan liar itu. Keadaan ini boleh membawa ancaman hingga boleh menjejaskan populasi gajah liar di negara itu.

Tapak pelupusan sampah itu terletak berhampiran kawasan hutan di wilayah timur Sri Lanka. Beberapa daerah termasuk Sammanthurai, Kalmunai, Karaitheevu, Ninthavur, Addalachchenai, Akkaraipattu dan Alaiyadi Vembu menghantar sisa sampah setiap hari ke tapak berkenaan.

Tilaxan berkata: “Di wilayah timur, ada satu kawanan gajah liar sudah terbiasa dengan tabiat pelik dan amat menyedihkan. Sejak kebelakangan ini, kawanan gajah itu dilihat mencari makanan di tapak pelupusan sampah.”

Sebelum ini, ada pagar dawai dipasang di sekeliling kawasan pelupusan sampah tetapi didapati rosak dan gagal menyekat pencerobohan hidupan liar itu.

Kawanan gajah sama dilaporkan menceroboh kawasan sawah padi dan perkampungan berhampiran untuk mencari makanan. Gajah liar lazimnya boleh berjalan sejauh 30 kilometer sehari. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI