fbpx

Zverev berdebar sebelum raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZVEREV terpaksa bermandi perlu untuk menumpaskan Herbert dalam aksi lima set pada Terbuka Perancis.

ROLAND GARROS – Pemain pilihan keenam dari Jerman, Alexander Zverev memenangi aksi penuh dramatik dalam tempoh empat jam melibatkan lima set ketika menyingkirkan jaguh Perancis, Pierre-Hugues Herbert pada Terbuka Perancis semalam.

Zverev pada awalnya ketinggalan pada set pertama kepada Herbert sebelum bangkit pada set kedua dan terus memena­ngi perlawanan tersebut de­ngan keputusan 2-6, 6-4, 7-6 (7-5), 4-6, 6-4.

“Saya fikir cukup cergas secara jujurnya. Saya rasa secara fizikal dalam keadaan baik. Namun, kadangkala saya berasa menemui jalan (untuk menang).

“Hari ini, saya bukan pemain terbaik dalam gelanggang. Saya tidak berjaya melakukan pukulan forehand dengan bagus, pukulan kilas teruk dan servis kurang baik.

“Apa yang saya lakukan semuanya kurang baik berban­ding apa yang dilakukan oleh Herbert. Bagaimanapun, saya berjaya menemui jalan dan itu perkara paling penting. Ka­dangkala saya mampu melakukannya,” jelas Zverev.

Zverev yang sedang memburu untuk meraih Grand Slam pertamanya akan menentang jaguh dari Itali, Marco Cecchinato pada pusingan ketiga.

Sementara itu, bekas juara kejohanan itu, Stan Wawrinka yang menumpaskan jaguh Britain, Andy Murray pada pusingan pertama turut melangkah ke pusingan seterusnya selepas menewaskan pemain Jerman, Dominik Koepfer.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI