fbpx

Yufei lebur rekod Asia 100m kuak kupu-kupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YUFEI berjaya mencatatkan masa masa 55.62s dalam acara 100m kuak kupu-kupu pada Kejohanan Renang Kebangsaan China di Qingdao semalam.

SHANDONG, China – Jaguh renang China, Zhang Yufei berjaya meleburkan rekod Asia dalam acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu dengan catatan masa 55.62 saat (s) pada Kejohanan Renang Kebangsaan China di Qingdao semalam.

Yufei mencatatkan masa 0.45s lebih pantas berbanding rekod Asia yang berusia 11 tahun dan dipegang oleh juara Olimpik, Liu Zige.

Kejayaan Yufei itu menyaksikan catatan yang dilakukannya hanya ketinggalan 0.14s berban­ding rekod dunia yang dipegang oleh jaguh renang Sweden, Sarah Sjostrom.

“Catatan itu memang jauh da­ripada jangkauan imaginasi. Saya fikir masa terbaik sekalipun saya dapat lakukan sekitar 55.8s.

“Ini merupakan kejohanan utama yang pertama dalam tempoh 11 bulan disebabkan pandemik Covid-12.

“Saya sedar saya mampu berenang lebih pantas kali ini dan saya juga mahu mengetahui sepantas mana lagi saya boleh lakukan,” katanya yang juga pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Dunia.

Pada masa sama, Yufei juga mahu meningkatkan catatan masa dalam acara 200m kuak kupu-kupu selepas kejohanan tersebut.

“Sukan Olimpik di Tokyo te­lah ditangguhkan dan ia sesuatu yang bagus buat saya masa ini.

“Ini kerana saya mempunyai banyak masa untuk melakukan persiapan, meningkatkan keupayaan dan latihan dalam usaha melakukan yang terbaik pada O­limpik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI