fbpx

VPCM lancar kempen Trade-Up by Das WeltAuto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen ini disasarkan kepada pemilik sedia ada jentera Volkswagen.

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan kempen Trade-Up by Das WeltAuto bagi menggalakkan pemilik jentera jenama itu menukar kenderaan dimiliki dengan model baharu.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, kempen itu disasarkan kepada pemilik Touran, Cross Touran, Sharan, Passat CC dan Passat B7 yang ingin memiliki model Volkswagen baharu.

Katanya, menerusi kempen itu, semua pemilik jentera berkenaan boleh menikmati pengurangan harga kenderaan sehingga RM3,000 apabila melakukan penukaran kereta.

Ia meliputi semua model ditawarkan termasuklah Arteon R-Line serba baharu, semua varian Tiguan Allspace iaitu R-Line dan Highline serta Passat Elegance.

“Kempen ini dijalankan memandangkan kami menerima sambutan menggalakkan terhadap varian R-Line ditawarkan.

“Berdasarkan maklum balas itu, kami menyedari bahawa adalah perlu bagi kami untuk memberi peluang kepada pelanggan untuk menaik taraf jentera dimiliki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI