fbpx

UMNO mohon maaf kes Covid-19 meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CIAPAN permohonan maaf yang dimuat naik di laman Twitter Ahmad Zahid semalam.

KUALA LUMPUR- UMNO dan Barisan Nasional (BN) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara ini selepas Pilihan Raya Negeri (PRN Sabah) diadakan.

Permohonan maaf secara terbuka itu disuarakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melalui ciapan di laman Twitter rasminya semalam.

“Kedudukan kes Covid-19 begitu merisaukan, mewakili UMNO dan BN, saya memohon maaf kepada rakyat dan petugas barisan hadapan berikutan peningkatan wabak akibat PRN Sabah.

“PRN Sabah yang diadakan bukan pilihan awal BN. Ahli dan jentera BN perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Dalam ciapan itu juga, beliau turut memanjatkan doa agar wabak terbabit segera pulih.

Kes Covid-19 di negara ini mencatatkan peningkatan mendadak selepas PRN Sabah dengan angka kes baharu dilaporkan sebanyak 260 kes semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI