fbpx

Tuah lebih memihak kepada Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPTEN Bayern, Neuer (tengah) menjulang trofi Piala Super Jerman selepas berjaya menewaskan Dortmund 3-2 dalam satu perlawanan yang berlangsung sengit di Allianz Arena awal pagi semalam. – AFP

MUNICH – Ketua jurulatih Ba­yern Munich, Hans-Dieter Flick mengakui, pasukannya masih belum mampu mengulangi pres­tasi musim lalu meskipun berjaya menjulang trofi kelima tahun ini dengan menewaskan Borussia Dortmund 3-2 pada aksi Piala Super Jerman awal pagi semalam.

Pada aksi di Allianz Arena itu, Bayern memberikan peluang buat Dortmund bangkit mengikat kedudukan selepas mendahului dua gol sebelum pemain tengah, Joshua Kimmich muncul wira apabila meledak jaringan kemenangan 3-2 ketika perlawanan berbaki lapan minit untuk tamat.

Kata Flick, apa yang dipamerkan oleh barisan pemainnya masih belum memuaskan apabila beraksi sambil lewa selepas mendahului dua gol sehingga memberi ruang dan peluang buat Dortmund bangkit menyamakan kedudukan.

“Kami mahu menang dengan mendominasi sebahagian besar perlawanan, tetapi ia tidak berlaku. Dortmund berjaya memberi tekanan sekali gus memaksa pemain-pemain saya melakukan beberapa kesilapan mudah.

“Namun, apa yang penting kemenangan masih berjaya diraih walaupun prestasi kami agak bergelut. Saya harap barisan pemain kembali fokus untuk mengharungi aksi penting dalam saingan Bundesliga menentang Hertha Berlin pada Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, kapten Bayern, Manuel Neuer senada dengan pandangan Flick apabila me­nganggap rakan-rakan sepasukannya terlalu selesa dengan pencapaian cemerlang diraih sepanjang tahun ini.

“Pujian wajar diberi kepada Dortmund yang memberi kesukaran kepada kami. Tuah mungkin lebih menyebelahi kami pada perlawanan ini apabila Kimmich berjaya menyudahkan peluang dengan baik,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI