fbpx

Sultan Sharafuddin bimbang peningkatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan mendadak kes-kes baharu Covid-19 khususnya di negeri ini.

Baginda bertitah mana-mana individu yang mempunyai gejala atau baru pulang dari kawasan-kawasan berisiko agar digesa segera melakukan ujian saringan di hospital seterusnya patuh dengan arahan kuarantin wajib.

Titah Sultan Sharafuddin, setiap individu daripada semua lapisan masyarakat perlu memainkan peranan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

“Berdasarkan statistik terbaharu, daerah-daerah di Selangor yang kembali merekodkan kes positif Covid-19 adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

“Beta juga secara khusus menasihatkan rakyat di Selangor yang berkepadatan 6.5 juta penduduk agar duduk di rumah dan tidak keluar ke lokasi-lokasi sesak atau berada di tempat awam jika tiada keperluan,” titah baginda menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office malam ini.

Sultan Sharafuddin turut menyeru rakyat terus waspada dan tidak mengambil mudah kesemua amalan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Ini termasuk mengekalkan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter apabila berada di tempat awam.

“Malah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah serta menggunakan cecair pembasmi kuman dan menjaga kebersihan diri,” titah baginda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI