fbpx

[VIDEO] Lapor polis kes remaja buli warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Klip video menunjukkan seorang remaja menakut-nakutkan dan cuba menendang seorang wanita warga emas yang tular di media sosial.

BACHOK – Sekumpulan remaja dipercayai dari sebuah kampung di sini tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri untuk menyelamatkan diri.

Kejadian itu diketahui umum apabila satu video menunjukkan perbuatan remaja yang tidak bertanggungjawab itu tular di laman sosial hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, sekumpulan remaja bertindak mengganggu seorang warga emas berusia dalam lingkungan 70-an.

Mereka bertindak mengacah-acah untuk menendang dan menumbuk warga emas itu sehingga wanita tersebut cuba untuk mempertahankan diri dengan menggunakan payung yang dibawanya.

Warga emas yang memakai tudung, baju dan kain batik itu kelihatan berang dengan perbuatan remaja tersebut,namun dia hanya mampu membalas perbuatan mereka dengan kata-kata.

Bimbang dengan keselamatan diri, wanita warga emas itu bertindak melarikan diri kawasan gelap yang dipercayai hutan yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Berdasarkan video yang tular itu, ia dipercayai dirakam sendiri oleh salah seorang kumpulan remaja yang mengganggu wanita itu.

Kejadian dipercayai berlaku di Kg Banggol Pauh dekat sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman ketika dihubungi Kosmo! berkata, polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta untuk menghubungi atau melaporkan kepada pihak polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI