fbpx

Razlan naik angin dengan Super KIP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS dimuat naik oleh Razlan di laman Facebooknya mengenai Khairul Idham yang tidak menyertai latihan yang disediakan oleh pasukan semalam.

PRINSIPAL pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT), Datuk Razlan Razali naik angin selepas pelumba negara, Khairul Idham Pawi tidak turut serta dalam sesi latihan yang ditetapkan oleh pasukan.

Razlan memuat naik status di Facebook miliknya petang semalam dan terkejut apabila pelumba Moto3 negara yang dikenali sebagai Super KIP itu tidak turun pada sesi latihan motocross.

“Kita mempunyai jurulatih yang kita gunakan dari zaman Zulfahmi lagi dan Aleix yang rangka semua sesi latihan untuk pelumba SRT termasuk John Mcphee dan Xavi Vierge.

“Tapi ada juga pelumba lain sertai sesi latihan seperti Fabio Quartararo, Jack Miller, Josh Hook dan pelumba WSBK. Jadi bila saya dapat tahu KIP tak nak sertai sesi latihan MotoX memang saya naik angin.

“Kita sediakan semua sokongan sama dengan pelumba Eropah tetapi yang menggunakan semua adalah pelumba Eropah. Pelumba kita???,” kata Razlan dalam facebook peribadinya semalam.

Khairul Idham dikatakan sedang menjalani latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Dalam pada itu, Razlan turut berharap pelumba Malaysia menggunakan peluang yang ada bagi memastikan mereka mampu bersaing dalam perlumbaan MotoGP.

“Saya tidak hairan mengenai kritikan yang ditujukan kepada saya, tetapi bila saya duduk di Sepanyol hampir tiga bulan, saya dapat lihat perbezaan dari segi kerja antara budak kita (Malaysia) dengan budak Eropah.

“Kita mempunyai enam pelumba dan kecuali KIP, semua menunjukkan peningkatan. Kita sediakan semua kemudahan yang sama, jadi bila keputusan tidak menjadi kita harapkan pelumba itu kena bekerja keras lagi dengan mengikut program yang disediakan.

“Lainlah kalau pelumba itu tengah berjuang dalam perebutan gelaran dunia. John McPhee pun ikut program yang kita rangka. Tetapi peminat diluar sana hanya lihat dari segi patriotik dan semangat kebangsaan dan bangsa Melayu.

“Pelumba berbakat memang ramai tetapi berapa yang sanggup bagi komitmen dan disiplin yang kuat bersama pasukan,” tegas Razlan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI