fbpx

Polis tahan tiga remaja samseng jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIGA remaja ditahan selepas melakukan aksi Wheelie sewaktu menunggang motosikal di Jalan Melor pagi semalam. - Gambar ihsan PDRM

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis menahan tiga remaja dipercayai terlibat dalam kegiatan samseng jalanan sewaktu mereka melakukan aksi mengangkat tayar atau Wheelie di Jalan  Melor di sini semalam.

Ketiga-tiga remaja yang berusia 18 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota yang sedang melakukan melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya turut merampas tiga motosikal jenis Honsa Ex5, Honda Wave dan SYM yang ditunggang mereka

“Remaja terbabit dipercayai sedang berlumba dan masing-masing sedang menunjukkan kejaguhan apabila mereka menunggang motosikal melebihi had laju.

“Kegiatan yang dilakukan remaja terbabit boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Katanya, polis turut melakukan ujian saringan air kencing, namun kesemua mereka yang berasal dari Kampung Kayu Besar, Melor dan Kampung Selising, Pasir Puteh tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Katanya, ketiga-tiga suepek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara merbahaya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI