fbpx

Pemilik Myvi BPG 9793 dicari kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan pemandu sebuah Perodua Myvi melarikan diri selepas dipercayai melanggar seorang kanak-kanak di Taman Puchong.

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki cedera parah selepas menjadi mangsa langgar lari sebuah kereta dalam satu kejadian di Jalan Tamam Puchong Indah di sini semalam.

Difahamkan, kejadian pukul 7 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 11 tahun dalam perjalanan ke kelas mengaji.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang menunggang basikal berhenti di simpang kawasan perumahan tersebut sebelum dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Berdasarkan siasatan awal, kereta tersebut dari jalan utama telah terbabas sebelum melanggar mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, pemilik Myvi dengan nombor pendaftaran BPG 9793 masih belum membuat laporan berhubung kejadian.

“Setakat ini, kita hanya terima satu laporan daripada saksi kejadia yang merakamkan kereta yang terlibat dalam kes tersebut.

“Butiran pemilik kereta itu sudah diperoleh dan usaha mengesan pemiliknya sedang dijalankan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 29 saat yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terbaring atas jalan bersama basikal yang ditungganginya akibat di sebuah kereta.

Dalam rakaman yang sama, seorang lelaki mengejar sebuah Perodua Myvi yang dipercayai melanggar kanak-kanak tersebut, namun pemandu itu tidak memberhentikan keretanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI