KUALA LUMPUR – Sebuah pusat 3S baharu Mitsubishi Motors dibuka di Petaling Jaya, Selangor oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama penjual sah jenama tersebut, Ingress Motors Centre (IMC) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, pusat 3S tersebut merupakan yang keempat dimiliki IMC, dengan tiga lagi bilik pameran itu terletak di Puchong, Bangi dan Shah Alam.
“Tahniah kepada IMC kerana membuka satu lagi bilik pameran Mitsubishi Motors di Petaling Jaya. MMM dan IMC merupakan rakan niaga sejak 2013 dan dalam tempoh itu, mereka telah membuka empat daripada 14 bilik pameran kami di Lembah Klang.
“Ia membuktikan komitmen IMC untuk memperkuatkan jenama kami di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini. – K! ONLINE