fbpx

KKM nafi mesej tular larangan rentas daerah seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar ciapan palsu yang dinafikan KKM.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan satu mesej tular di media sosial hari ini yang memaklumkan larangan rentas daerah di seluruh daerah mulai tengah malam ini.

Dalam kenyataan dikongsi menerusi laman sosial rasmi, kementerian memaklumkan, mesej berkenaan adalah palsu.

“Ini adalah kenyataan palsu. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kenyataan ini.

“Jangan kongsi atau tularkan kenyataan palsu ini,” katanya.

Mesej palsu itu juga didapati menggunakan akaun twitter rasmi KKMalaysia, @KKMPutrajaya.

Kandungan ciap palsu itu antara lain menyatakan ‘Larangan rentas daerah di seluruh negara akan dilaksanakan berkuatkuasa mulai pukul 12.01 malam 2 Oktober sehingga 16 Oktober depan’. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI