fbpx

‘Kami beri kerjasama, jalan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Sarah dan Shuib hadir ke pejabat SPRM Putrajaya semalam untuk memberi keterangan.

Oleh MOHD. HAIKAL ISA

KUALA LUMPUR – “Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.”

Itu muat naik status pertama Siti Sarah Raissuddin selepas dia dan suami disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Sarah, 36, turut berkongsi dua keping foto bersama muat naik status berkenaan di Instagram di depan pejabat SPRM usai memberi keterangan dipercayai berhubung siasatan pengubahan wang haram perniagaan produk minuman milik suaminya, Shuib Sepahtu.

Malam tadi, syarikat pengurusan Sarah, Indigital Music memaklumkan artis naungan mereka itu hanya menemani suaminya Ibu Pejabat pejabat SPRM Putrajaya awal pagi semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan Indigital Music selepas tersebar berita mengatakan pasangan selebriti itu dipanggil untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

“Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya saja,” tulis kenyataan itu.

Difahamkan, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 36 tahun hadir ke SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi semalam.

Selain pasangan selebriti itu, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.

Terdahulu, Shuib telah membuka sebanyak lapan buah cawangan kedai minuman boba berasaskan madu, Bubble Bee sejak Jun lalu.

Antara lokasi kedai minuman terkenal itu ialah di The Strand, Kota Damansara dan Mydin, USJ.

Malahan, Shuib juga pernah mencetuskan kontroversi pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana meminta kerajaan menyalurkan bantuan kepada golongan artis yang terkesan akibat wabak Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI