fbpx

Inter belum mahu mendabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIMI (tengah) meraikan jaringannya bersama pemain-pemain Inter dalam kemenangan 5-2 ke atas Benevento awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih Inter Milan, Antonio Conte mengakui, masih terlalu awal untuk mele­takkan pasukannya sebagai pencabar utama kejuaraan Serie A musim ini selepas menewaskan Benevento Calcio 5-2 di Stadium Ciro Vigorito awal pagi semalam.

Bagaimanapun, Conte memuji keserasian yang dipamerkan anak-anak buahnya meskipun skuad kendaliannya dibarisi ramai pemain baharu, tetapi masih tidak kekok untuk melakukan kombinasi serangan yang cukup memuaskan hatinya.

“Saya melakukan tujuh pertukaran dalam kesebelasan utama untuk perlawanan ini. Ia ternya­ta tidak memberi masalah terhadap prestasi pasukan kerana pemain-pemain menunjukkan keserasian yang cukup jitu.

“Barisan pemain baharu juga menyerlah seperti Achraf Hakimi­ dan saya sangat berpuas hati dengan sumbangan mereka. Punca­ kami bolos dua gol dalam perlawanan ini disebabkan serangan balas pantas pihak lawan,” katanya.

Sementara itu, Hakimi yang dibeli daripada Real Madrid pada Julai lalu, berjaya meledak jari­ngan pertamanya buat Inter selain gol-gol daripada Roberto Gagliardini dan Lautaro Martinez serta dua daripada Romelu Lukaku.

Kata Hakimi, corak taktikal dan falsafah bola sepak diterap­kan Conte cukup mudah difahami selain percaya karakter juara dipamerkan Inter ketika ini mencerahkan peluang mereka untuk meraih gelaran Scudetto musim ini.

“Ini adalah permulaan positif dalam karier saya bersama Inter. Saya percaya jika pasukan memberikan komitmen penuh seperti ditunjukkan hari ini, kami boleh menjulang beberapa trofi pen­ting termasuk Serie A musim ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI