fbpx

England perlu panggil Calvert-Lewin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALVERT-LEWIN (tengah) membawa pulang bola yang digunakan untuk perlawanan antara Everton dan West Ham awal pagi semalam sebagai simbolik kepada kejayannya meledak hatrik dalam aksi tersebut. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti memuji Dominic Calvert-Lewin selepas penyerang sensasinya itu meledak hatrik ketika membelasah West Ham United 4-1 pada aksi Piala Liga di Goodison Park awal pagi semalam sekali gus mara ke peringkat suku akhir.

Penyerang berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan tiga gol bermula minit ke-11, 78 dan 84 buat Everton untuk merakam hatrik kedua peribadinya selain satu lagi jaringan daripada ­Richarlison dalam perlawanan tersebut

Justeru, Ancelotti, 61, percaya Calvert-Lewin layak mendapat panggilan daripada pengurus England, Gareth Southgate ber­aksi dalam skuad utama England selepas berjaya mengumpul ke­seluruhan lapan gol daripada lima perlawanan setakat ini.

“Saya akui dia bermain de­ngan baik buat masa ini. Permai­nannya cukup memberangsangkan dan saya percaya dia boleh menjaringkan lebih banyak gol musim ini.

“Saya tidak kisah jika England mempunyai barisan penyerang terbaik ataupun tidak tetapi Calvert-Lewin perlu ada dalam skuad itu kerana dia seorang pemain yang ada bakat besar,” katanya.

Sementara itu, Calvert-Lewin mengakui, amat berharap namanya mampu tersenarai dalam skuad The Three Lions menghadapi dua perlawanan Liga Negara-Negara Eropah menentang Belgium serta Denmark pada 12 dan 15 Oktober ini.

“Impian saya mahu mewakili England tetapi saya tidak mampu­ mengawalnya kerana keputusan terletak kepada jurulatih. Saya cuma mampu memberikan pres­tasi terbaik dalam setiap perlawanan bersama Everton,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI