fbpx

Cubaan seludup pakaian, sarang burung gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada sarang burung yang berjaya dirampas PGA Batalion 7 dalam serbuan di Pangkalan Haram Adam, Rantau Panjang semalam.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 merampas pelbagai jenis pakaian dan sarang burung yang dipercayai diseludup masuk secara haram ke negara ini dalam serbuan di Pangkalan Haram Adam di sini petang semalam.

Serbuan pukul 5 petang itu dilakukan anggota PGA selepas menjalan rondaan rutin dengan motosikal di kawasan berkenaan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai keseluruhan rampasan itu berjumlah RM18,000.

Katanya, ketika rondaan dijalankan, anggotanya telah melihat sekumpulan lelaki sedang memunggah barang-barang daripada perahu ke tebing Sungai Golok.

“Menyedari kehadiran anggota PGA, sekumpulan lelaki itu terus melarikan diri dengan menaiki perahu ke negara jiran.

“Pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar telah menemui pelbagai jenis baju dan sangkar burung,” katanya.

Menurut Azhari, beliau percaya kesemua barang tersebut diseludup masuk ke negara ini secara tidak sah menggunakan laluan haram.

Katanya, PGA tidak akan berkompromi dengan pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI