fbpx

Bront sindir orang politik, mohon ‘jangan jadi ketam ajar anak berjalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR -Pelakon terkenal Bront Palarae menyindir golongan pemimpin dan ahli politik yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ekoran peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam negara pada Khamis.

Bront atau nama sebenarnya, Nasrul Suhaimin bin Saifuddin, 41, berkata,sekiranya golongan yang telah diberi amanah itu tidak mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, mereka tidak sepatutnya membebankan rakyat.

“Pak-pak menteri dan ahli-hali politik sekalian, mohon jangan jadi ketam ajar anak berjalan.

“Kalau anda tidak mampu menggalas amanah, jangan bebankan rakyat dengan sifat tidak bertanggungjawab anda,” kongsinya menerusi Twitter malam tadi.

Ciapan yang dimuat naik sekitar pukul 8 malam tersebut diulang kicau lebih 40,000 kali dan mendapat lebih 30,000 tanda suka (like).

Semalam, negara mencatat pertambahan 260 kes baharu positif Covid-19 direkodkan sekali gus merupakan jumlah kes baharu kedua tertinggi sejak Februari.

Terdahulu, para ahli politik yang pulang dari Sabah telah mencetuskan kekecohan di Pulau Pinang dan Melaka.

Sekitar 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga di Pulau Pinang terpaksa menjalani ujian swab Covid-19 dan diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian.

Situasi tersebut tercetus selepas seorang guru wanita yang mengajar di sekolah berkenaan disahkan dijangkiti wabak berkenaan.

Difahamkan, guru wanita berusia 40-an itu merupakan isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang baru pulang daripada  berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI