fbpx

Bertens dituduh berlakon cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERTENS terpaksa menggunakan kerusi roda untuk keluar dari gelanggang sebaik sahaja selesai perlawanan Terbuka Perancis di Roland Garros semalam.

ROLAND GARROS – Pemain pilihan kelima, Kiki Bertens meninggalkan gelanggang menggunakan kerusi roda selepas menewaskan Sara Errani yang kemudiannya didakwa pemain Itali itu sebagai sengaja memperbesar-besarkan kecederaannya.

Terdahulu, jaguh dari Belanda itu meneriak dan menangis di­sebabkan kekejangan kaki sebaik sahaja menyingkirkan Errani yang merupakan finalis tahun 2012 dengan keputusan 7-6 (7-5), 3-6, 9-7.

“Saya tidak suka apabila seseorang cuba bergurau de­ngan kamu. Saya tidak fikir dia (Bertens) mempunyai sikap ­hormat di gelanggang.

“Satu jam lalu, dia mengalami kecederaan dan ditolak menggunakan kerusi roda dan sekarang dia dalam keadaan sempurna dalam sebuah restoran. Saya tidak suka perkara seumpama ini. Maafkan saya,” kata Errani yang menyifatkan Bertens hanya berlakon.

Ditanya sama ada dia me­nyangka Bertens berlebihan terhadap kecederaannya, Errani menjawab ringkas bahawa ia memang tepat sekali.

Ditanya lagi sama ada Bertens harus menggunakan kerusi roda, Errani membalas, anda sepatutnya tanya kepada dia (Bertens) sendiri.

Bertens, 28, meninggalkan gelanggang sambil menjerit kesakitan selepas berjuang dalam keadaan fizikal yang sukar pada perlawanan yang mengambil masa tiga jam 11 minit.

“Secara jujurnya, ia seperti si­tuasi menaiki rollercoaster. Saya tidak berasa selesa de­ngan fizikal, saya kekejangan dan saya fikir semua orang boleh lihatnya sendiri.

“Saya mengalami kekejangan pada kaki kiri dan kanan, kedua-dua tangan dan seluruh badan. Saya cuma merasai kesakitan,” jelas Bertens yang menghuni ranking No. 8 dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI