fbpx

AAT cadang kerajaan sediakan lokasi pengebumian anjing polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anjing tersebut ditanam di suatu kawasan baru-baru ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) mencadangkan kerajaan mencari satu lokasi persemadian yang lebih sesuai buat anjing pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Presidennya, Sharul Nizam Ab. Rahim berkata, kematian anjing pengesan PDRM bernama Tho berpangkat Sarjan yang berkhidmat dalam Seksyen K9, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Pahang akibat sakit tua baru-baru ini amat menyentuh emosi rakyat negara ini.

“Kematian sebegini suatu kisah yang jarang dikongsi PDRM kepada masyarakat namun apabila dikongsi, terutama ketika ‘tuannya’ Sarjan Patrick Sandai Sarjan Patrick mengubur dan meletakkan seroja di atas kubur Tho membuatkan ramai yang bersedih

“Di luar negara khususnya di Amerika Syarikat, anjing K9 yang mati atau terkorban dalam perkhidmatan akan diberi istiadat penuh demi menghargai jasanya.

“Walaupun kita tidak perlu sampai ke tahap itu kerana perbezaan budaya, namun janggal rasanya apabila Sarjan Tho dikubur, ditinggalkan dan kesepian di tepi hutan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Menurut Sharul Nizam, sehubungan itu, dia juga senada dengan orang ramai dan meminta jasa baik PDRM agar mencari lokasi yang lebih sesuai untuk persemadian anjing pengesan K9 yang begitu besar jasanya dalam membantu pihak polis memerangi jenayah di negara ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI