fbpx

41 mangsa banjir termasuk warga emas dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu membawa warga emas yang terlibat dalam banjir kilat di Kompleks Pengajian Darul Widad ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Linggi, Port Dickson hari ini.

ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

PORT DICKSON- Seramai 41 mangsa iaitu penghuni di Kompleks Pengajian Darul Widad di Linggi dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas pusat tersebut dinaiki air dalam kejadian banjir kilat lewat malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Port Dickson dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil keputusan membuka pusat pemindahan sementara iaitu di Dewan Orang Ramai Linggi selepas mendapati kemudahan asas yang terjejas walaupun air mulai surut.

“Sehingga kini, seramai 41 mangsa yang melibatkan 33 warga emas dan seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) telah berpindah ke pusat pemindahan sementara. Bagaimanapun, tiga warga emas telah diambil oleh waris masing-masing.

“Kejadian banjir berlaku 7 malam tadi hasil maklumat orang awam dan semua mangsa dipindahkan segera maemandangkan kesemua penghuni di Darul Widad adalah warga emas,” kata kenyataan itu lagi hari ini.

Darul Widad merupakan pusat pengajian agama bagi warga emas yang mempunyai waris.

“Bagaimanapun, selepas pemerhatian dibuat pihak sekretariat akan membuat penghantaran balik kesemua mangsa yang terjejas ke Darul Widad hari ini selepas mendapati cuaca semakin baik dan air mula surut,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI