fbpx

287 kes positif harian paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini memecahkan rekod kes harian tertinggi selepas mencatatkan 287 kes menjadikan keseluruhan kes positif sebanyak 11,771, paling tinggi sejak pandemik itu melanda negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes tersebut adalah kes penularan tempatan termasuk dua kluster baharu di Selangor iaitu Kluster Seri Setia dan Kluster Seri Anggerik.

Beliau berkata, kes indeks bagi kedua-dua kluster itu didapati mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, sekali gus menjadikan jumlah kes membabitkan individu balik dari Sabah sebanyak 139 kes.

Selain itu, katanya, kes di Kedah mengatasi Sabah dengan 129 kes baharu termasuk 128 daripada Kluster Tembok dan satu kes saringan kontak rapat kes ke-11,471.

“Jangkitan dari Kluster Tembok turut dicatatkan di Perak dengan satu kes manakala Kluster Meru di Selangor turut merekodkan tiga kes selain dua dari kluster sama yang dilaporan di Kelantan dan Johor.

“Empat kluster aktif di Sabah mencatatkan pertambahan kes baharu dengan 35 kes di Kluster Benteng LD, Kluster Bangau-Bangau (15) dan masing-masing satu di Kluster Laut dan Kluster Pulau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI