fbpx

Siasat kes jual itik salai berbau busuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar tular itik salai yang sudah berbau busuk dijual peniaga di Terachi, Kuala Pilah.

Oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan menyiasat kejadian itik salai yang berbau busuk dibeli seorang pelanggan di Terachi, Kuala Pilah minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri S. Veerapan berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu itu dan sedang menjalankan siasatan sama ada dakwaan ber­kenaan berasas atau sebalik­nya.

“Jika pengusaha dan peniaga gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan maka tindakan boleh diambil terhadap mereka.

“Dalam isu itik salai yang dijual sudah busuk kepada pelanggan ini, peniaga boleh dikenakan kompaun dan notis di bawah Seksyen 32B Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Veerapan menambah, tindakan kompaun boleh diambil dan juga dibawa ke mahkamah termasuk mengeluarkan notis berkaitan kesalahan pengendalian makanan.

“Peniaga perlu mematuhi arahan penambahbaikan dan menjalankan kerja pembersihan mengikut notis Seksyen 10 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa serta-merta,” tegasnya.

Minggu lalu tular di laman sosial Facebook seorang pemandu lori meluahkan kekecewaan terbeli seekor itik salai yang telah busuk serta berbau seperti bangkai.

Menurut perkongsian ber­kenaan, pemandu lori itu dalam perjalanan ke Pahang bagi menghantar barangan dan singgah membeli itik salai yang diidamkan isterinya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI