fbpx

Shahrel tidak fikir soal anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHREL sedia membantu Perak untuk beraksi pada saingan Piala AFC berbanding memikirkan soal pencapaian peribadi.

PENYERANG sensasi Perak, Mohd. Shahrel Fikri lebih berminat untuk membantu pasukan layak beraksi ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 berbanding peluangnya merangkul anugerah Kasut Emas pada saingan Liga Super musim ini.

Sebagai rekod, Shahrel berada di puncak prestasi selepas meng­ungguli carta penjaring terba­nyak dengan sembilan gol selepas berjaya meledak empat gol ketika menentang Felda United minggu lalu sekali gus membantu Perak menduduki tangga kedua liga.

Kata Shahrel, impian untuk memenangi Anugerah Kasut Emas sudah lama terpendam tetapi buat masa ini keutamaan adalah memastikan The Bos Gaurus kekal di kedudukan ke­dua ketika saingan liga berbaki dua perlawanan.

“Sememangnya ini adalah pencapaian membanggakan kerana sebelum ini kalau kita tengok, selalunya pemain import yang mendominasi penjaring terbanyak, tetapi sekarang saya berjaya buktikan bahawa pemain tempatan juga mampu berada pada tahap ini.

“Kalau boleh memang saya mahu tambah lagi gol untuk dua lagi perlawanan, tetapi macam-macam boleh jadi dan saya tidak mahu tamak untuk mengejar gol sebaliknya misi utama adalah untuk pastikan Perak menang.

“Dengan sembilan gol sekarang, tidak jauh beza dengan penjaring lain seperti Tchetche Kipree (Kedah) dan lain-lain yang kini mengumpul tujuh dan enam gol. Mereka juga pasti akan turut sama melakukan yang terbaik untuk prestasi masing-masing.

“Apa-apapun, slot ke Piala AFC tetap diutamakan dan mahu atau tidak, kami kena menang dalam baki dua perlawanan ini,” kata bekas penyerang kelab Liga Thailand, Nakhon Ratchasima FC semalam.

Shahrel satu-satunya pemain tempatan yang berada dalam kelompok penjaring terbanyak diikuti Kipree, Dominique Da Sylva (Terengganu FC) dan Ifedayo Omosuyi (Selangor) dengan tujuh gol manakala Gonzalo Cabrera (Johor Darul Ta’zim) telah menjaringkan enam gol.

Skuad Perak yang dikendalikan oleh Mehmet Durakovic dijadualkan bertemu dengan Pahang di Stadium Darul Makmur pada Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI