fbpx

Penganggur ‘diheret’ ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Bonel didakwa ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini atas pertuduhan merogol remaja berusia 15 tahun, 18 Ogos lalu.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun Ogos lalu.

Bagaimanapun, tidak pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Abu Bonel, 31, selepas kertas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim K. Rajeswari.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja bawah umur berusia 15 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di sini pada pukul 8 malam, 31 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Muhamad manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Shankar.

Mahkamah membenarkan permohonan Shankar untuk membawa tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bahru.

Rajeswari kemudiannya menetapkan sebutan semula kes pada 10 November depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI