fbpx

Mutiara Jeruk Madu perluas pasaran ke seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Mutiara ­Mangga Enterprise (Mutiara Mangga) pengeluar jeruk ­mangga berjenama Mutiara Jeruk Madu bakal meluaskan pasaran ke seluruh negara menerusi sistem stokis yang dilaksanakan mulai tahun ini.

Pengurus syarikat, Fazil Akashah Othman berkata, menerusi sistem tersebut, jenama Mutiara Jeruk Madu akan diperkukuhkan, sekali gus bakal membuka peluang perniagaan kepada lebih ramai peniaga.

“Kami akan meluaskan pe­nguasaan pasaran berban­ding kini yang hanya tertumpu pada pasaran sedia ada di Pulau Pinang, Pahang, Selangor dan Melaka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bekas jurutera ini menjelaskan, jeruk madu Mutiara Mangga  mula berada di pasaran sejak tahun 2011 yang diadun de­ngan resipi tradisional tidak menggunakan bahan pengawet.

“Resipi yang hanya menggunakan gula putih, cuka epal dan madu itu diperoleh selepas menghadiri kursus di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Proses menjeruk buah-buahan seperti mangga, kedondong, sengkuang dan betik mengambil masa kira-kira dua minggu,” katanya.

Fazil Akashah menerangkan, pada masa ini kapasiti kilangnya di Kampung Perlis di sini adalah kira- tiga tan jeruk dalam tempoh sebulan dan mampu memproses sehingga lapan tan sebulan ketika permintaan tinggi di pasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI