fbpx

Lelaki tunggang tong sampah selaju 69 kmj

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang jurutera dari United Kingdom berjaya memecahkan rekod dunia de­ngan mencipta tong sampah terpantas dunia yang boleh mencapai kelajuan 69.2 kilometer sejam (kmj), lapor portal Interesting Engineering.

Andy Jennings, 28, menggunakan tong sampah berkapasiti 120 liter di rumahnya dan memasang satu unit enjin motosikal, kotak gear, sistem pencucuhan, tempat duduk dan stereng pengemudian, memetik laporan York Press.

Dia menunggang tong sampah itu pada kelajuan lebih 60 kmj di Lapangan Terbang Elvington di Yorkshire, England dan saksikan petugas Guinness World Records.

Pegawai itu memberitahu Jennings perlu menunggang lebih 48 kmj untuk mencipta satu rekod baharu.

Jennings mencipta rekod itu bagi memberi penghormatan kepada rakan karibnya, Ben ­Ellis yang dilaporkan meninggal dunia pada bulan Jun lalu.

“Saya berjaya mencipta ­rekod tanpa menyangka ia ­le­bih pantas berbanding jangkaan asal. Saya sememangnya amat gembira dengan pen­capaian ini,” katanya.

Dia mengakui ada berasa bimbang semasa percubaan pertama keranan tiupan ­angin kuat secara tiba-tiba di kawasan landasan hingga menjejaskan kawalannya.

Selain Jennings, acara sama turut menyaksikan satu rekod lagi dicipta iaitu kerusi roda terpantas dunia.

Rekod tersebut dicipta seorang penghidap masalah neuron motor, Jason Liversidge, 44, dengan catatan selaju 104.6 kmj dengan bantuan kerusi roda bermotor yang sudah diubah suai. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI