fbpx

Laman sesawang khas pantau projek Pan Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebuh Raya Pan Borneo.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang mewujudkan sebuah laman sesawang khas projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah supaya dapat dipantau oleh rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, laman sesawang itu akan mengemas kini perkembangan projek tersebut dari semasa ke semasa.

“Laman sesawang khas ini mengemas kini perkembangan Projek Pan Borneo dari semasa ke semasa termasuk soal kos dan perlaksanaannya agar telus dan rakyat dapat menilai dan memantau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dipetik berkata, projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri itu akan diperincikan agar pelaksanaannya dapat bergerak pantas.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, pelaksanaan Pan Borneo di Sabah hanya sekitar 20 peratus berbanding Sarawak yang sudah mencapai 50 peratus siap. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI