fbpx

Keadilan pada Adib, Cuepacs mahu segerakan proses semula siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, Datuk Hamzah Ali sebagai tanda penghargaan kepada anggota bomba sebagai 'frontliner' pada Majlis Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-22 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN –  Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu pihak berkuasa menyelesaikan segera proses siasatan semula kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim bagi memastikan keadilan sebenar dapat ditegakkan.

Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata, pada masa ini pihaknya sentiasa memantau perkembangan terkini kes itu selain memberi sokongan kepada pihak berkuasa dalam meneruskan siasatan.

“Lihatlah kembali rakan kami yang meninggal iaitu saudara Muhammad Adib yang belum lagi mendapat keadilan sepenuhnya walaupun inkeus kes telah selesai dijalankan.

“Keputusan (mahkamah) telah pun dikeluarkan dan menyatakan berlaku tindak balas atau perkara yang menyebabkan dia (Muhammad Adib) dibunuh. Bukan tanpa sengaja atau kemalangan, sebaliknya disengajakan oleh pihak lain,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kali Ke-22 Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.

Menurut Adnan, pada masa sama, Cuepacs berharap isu tersebut tidak terus dijadikan modal politik atau isu perkauman demi kepentingan sesetengah pihak sahaja.

“Cuepacs menaruh harapan yang tinggi agar keadilan untuk Adib akan terus dituntut.

“Keadilan ini amat penting bagi memastikan kes seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang terutamanya melibatkan penjawat awam yang bertugas demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Cuepacs merayu kepada  kerajaan supaya memberi keadilan kepada Muhammad Adib secepat mungkin memandangkan prosiding kes yang telah dijalankan selama ini telah mendapat jawapan. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI