fbpx

AirAsia Japan masih belum ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Langkah untuk menutup operasi AirAsia Japan hanyalah salah satu daripada pilihan yang ada, malah ia sebenarnya masih belum diputuskan secara muktamad.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, sebarang keputusan mengenai operasi syarikat tersebut hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu.

“Lembaga pengarah sedang menilai sebarang kemungkinan termasuk menghentikan operasi. Segala laporan yang keluar di media ketika ini hanyalah spekulasi.

“Saya boleh sahkan yang kami sedang melihat beberapa pilihan termasuk menutup operasi. Keputusan akan dibuat dalam tempoh seminggu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran Redbeat Academy di sini semalam.
Akademi yang ditubuhkan ­AirAsia Digital dengan kerjasama Google itu dilancarkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun; Presiden AirAsia Digital, Aireen Omar dan Ketua Google Malaysia, Marc Woo.

Sebelum ini, media melaporkan AirAsia Japan Co. Ltd., syarikat bersekutu AirAsia Group Bhd. akan menamatkan ope­rasinya selepas berdepan masalah penurunan permintaan penerbangan akibat pandemik Covid-19.

Sebuah portal berita Jepun, Yomiuri mendakwa, keputusan berhubung perkara itu sudah dimaklumkan kepada semua pihak terlibat.

Sementara itu, Tony menjelas­kan, AirAsia adalah sebuah syarikat teknologi dan pihaknya berbesar hati untuk melancarkan Red­beat Academy yang menurut­nya, sebuah akademi teknologi.

“Semua orang perlu terus belajar, berkembang dan membiasakan diri dengan landskap teknologi yang sentiasa berubah untuk memastikan bahawa kita akan terus relevan dalam ekonomi digital ini.

“Saya berharap semua orang akan mengambil kesempatan ini untuk mempelajari set kemahiran baharu dalam bidang teknologi supaya dapat berusaha bersama untuk mencapai kejayaan dan membangunkan negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI