fbpx

60 juta penduduk India dikhuatiri dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Lebih 60 juta penduduk di India mungkin sudah dijangkiti novel koronavirus, menurut Majis Penyelidikan Perubatan India (ICMR) semalam.

India mempunyai seramai 1.3 bilion penduduk dan tersenarai sebagai negara kedua tertinggi di dunia dengan 6.1 juta kes jangkitan selepas Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, angka sebenar mungkin lebih tinggi, menurut tinjauan ujian serologi terbaharu.

Ujian itu membabitkan peme­riksaan darah untuk beberapa antibodi tertentu bagi menganggarkan nisbah satu kumpulan penduduk yang berjaya sembuh daripada jangkitan virus.

“Rumusan utama daripada tinjauan ini ialah setiap seorang daripada 15 individu berumur 10 tahun ke atas telah terdedah kepada virus SARS-CoV-2 sejak Ogos lalu,” kata Ketua Pengarah ICMR, Balram Bhargava pada sidang akhbar kementerian kesihatan.

SARS-CoV-2 ialah virus yang menyebabkan jangkitan Co­vid-19.

Bhargava berkata, bukti pen­dedahan menunjukkan jangkitan virus lebih ketara membabitkan penduduk yang diperiksa di se­tinggan dalam kawasan bandar (15.6 peratus) dan bukan setinggan di bandar (8.2 peratus).

Ujian darah yang dikumpul itu membabitkan kira-kira 29,000 orang di 21 negeri atau wilayah antara pertengahan Ogos hingga pertengahan September. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI