fbpx

Tiga jam sesat, lelaki Belanda ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki warganegara Belanda (tiga dari kanan) yang berjaya ditemui selepas sesat lebih tiga jam di kawasan Bukit Zi Zai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Seorang lelaki warga Belanda yang dilaporkan sesat hampir tiga jam di kawasan Bukit Zi Zai, Tanjung Bungah di sini berjaya diselamatkan malam tadi.

Mangsa berusia 36 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 11.14 malam dalam keadaan selamat.

Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, Zulkhari Mat Tanjil berkata, mangsa telah menghubungi talian kecemasan 999 selepas terputus hubungan dengan rakan pendaki.

“Anggota telah membawa mangsa turun ke kaki bukit untuk menerima rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil. Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 12.34 tengah malam.

“Seramai lapan anggota menyertai operasi pencarian mangsa di lokasi kejadian selain dibantu anggota polis, pasukan bomba sukarela dan orang awam,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, usaha pencarian dilakukan dengan melalui laluan pendakian dan di kawasan hutan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan sesat kira-kira pukul 8.20 malam selepas disedari oleh rakannya yang mendapati mangsa gagal turun dari bukit itu selepas bersama-sama mendaki. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI