fbpx

Sorok bawah katil elak dicekup AADK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang ditahan selepas menyorok di bawah katil bilik rumahnya kerana terlibat dalam penagihan dadah di Klang.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Akibat takut ditangkap, seorang pemasang atap bertindak menyorok di bawah katil biliknya ketika serbuan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Klang di kediaman di daerah ini semalam.

Suspek berusia 40an itu bagaimanapun ditangkap selepas 10 minit menyorok dalam kejadian pukul 2 petang.

Ketua Operasi AADK Klang, Ezwan Shahrin Saihani berkata, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya terlebih dahulu memanggil penghuni rumah namun tidak berjawab.

Katanya, anggota serbuan yang melakukan pemeriksaan selama 10 minit kemudiannya menemui suspek bersembunyi di bawah katil dalam sebuah bilik di rumah teres dua tingkat itu.

“Suspek mengaku baharu sahaja menghisap dadah jenis syabu sebelum rumahnya diserbu pihak AADK.

“Siasatan turut mendapati lelaki yang bekerja sebagai pemasang atap dengan meraih pendapatan RM2,000 sebulan telah terlibat dalam penagihan dadah sejak dua tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kata beliau, dalam operasi bermula pukul 11 pagi hingga 5 petang itu turut menahan enam lagi penagih dadah berusia 30 hingga 50an.

Tambah Ezwan, ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu, ganja dan heroin.

“Kesemua mereka disiasat mengikut seksyen 3 (1) akta penagihan dadah 1983,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI