fbpx

Slot untuk umrah habis ditempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pemandangan dari udara pada 4 September 2010 menunjukkan beribu-ribu jemaah umrah berada di Masjidil Haram pada minggu terakhir Ramadan. - AFP

MEKAH – Seramai 16,000 warga Arab Saudi dan ekspatriat yang menetap di negara ber­kenaan mendaftarkan diri untuk mengerjakan umrah dalam masa beberapa jam pertama selepas aplikasi umrah, Itamar­na dilancarkan Ahad lalu, kata pihak berkuasa kota suci Mekah, demikian menurut portal berita Saudi Gazette semalam.

Pendaftaran jemaah umrah untuk tempoh 10 hari pertama sudah penuh, kata pihak berkuasa berkenaan di akaun Twitter­nya.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadat umrah akan dibenarkan secara berpe­ringkat mulai 4 Oktober ini.

Pada fasa pertama, seramai 6,000 jemaah dibenarkan me­lakukan ibadah itu dalam sehari. Mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri daripada 500 jemaah.

Menurut kenyataan peme­rintah, Masjidil Haram di Mekah akan akan menjalani prosedur pembasmian kuman sebanyak 10 kali sehari.

Air zamzam pula akan diagihkan kepada jemaah dalam bentuk air minuman dalam botol.

Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan, jemaah adalah dilarang menghampiri Kaabah dan Hajarul Aswad.

Kerajaan Arab Saudi juga akan menempatkan pasukan perubatan bagi membantu kumpulan jemaah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI