fbpx

Seorang kakitangan Fahmi Fadzil positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi menjalani ujian Covid-19 selepas seorang kakitangan beliau disahkan positif Covid-19. FOTO LAMAN FACEBOOK FAHMI FADZIL

KUALA LUMPUR- Seorang kakitangan pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah pad 25 September lalu.

Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, Fahmi memaklumkan kakitangan itu telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan isolasi.

“Mengikuti prosedur  operasi standard (SOP) arahan Kementerian Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah Lembah Pantai, memandangkan staf tersebut merupakan kontak rapat kami, pagi ini saya dan semua staf pejabat telah hadir ke Klinik Kesihatan Tanglin untuk membuat saringan Covid-19.

“Kami akan menjalani kuarantin di rumah mengikut tempoh yang diarah PKD Lembah Pantai,” katanya menerusi hantaran itu.

Jelasnya, pejabat beliau akan ditutup sehingga tempoh arahan kuarantin rumah selesai.

“Unit dekontaminasi juga akan dihantar untuk proses dekontaminasi pejabat petang ini.

“Buat sementara waktu, warga Lembah Pantai yang ingin berurusan dengan pejabat boleh menghubungi kami melalui laman Facebook ini atau melalui emel,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI