fbpx

Rugi RM65,700 ditipu kenalan dari London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang kerani di Butterworth di sini berputih mata selepas wang simpanannya sebanyak RM65,700 lesap dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan Parcel Scam semalam.

Wanita berusia 46 tahun itu terjerat dalam sindiket itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang kononnya dari London melalui laman sosial Facebook pada Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kenalannya itu memberitahu mangsa bahawa dia telah menghantar bungkusan yang mengandungi wang tunai dan pelbagai barangan berharga.

“Mangsa kemudiannya menerima panggilan daripada individu yang menyamar wakil syarikat penghantaran yang meminta dia untuk membuat bayaran bagi melepaskan bungkusan tersebut.

“Mangsa yang tidak mengesyaki taktik penipuan itu terus membuat pembayaran ke dalam akaun bank yang diberikan dengan harapan untuk menerima bungkusannya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa hanya menyedari dia telah ditipu apabila individu terbabit secara berterusan meminta bayaran walaupun dia sudah menyerahkan sebanyak RM 65,700.

“Mangsa yang yakin dirinya sudah ditipu telah tempil membuat laporan polis semalam dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI