fbpx

Polis buru dua lelaki kes tembak depan rumah di Kinrara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lokasi kejadian tembak seorang lelaki di hadapan rumahnya di Bandar Kinrara, Serdang, pada Isnin lalu.

KUALA LUMPUR – Polis buru dua suspek lelaki bagi membantu siasatan kes tembak seorang lelaki di hadapan rumahnya di Bandar Kinrara, Serdang, pada Isnin lalu.

Mereka yang diburu ialah Loo Lai Ming,40, atau dikenali sebagai Datuk, Michael dan Choong Aik Boon, 48, yang masing-masing menetap di Kondominium Desa Gembira di ibu negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, motif kejadian dipercayai berkaitan dengan sindiket pinjaman wang tanpa lesen di mana ianya didalangi sindiket berkenaan.

“Setakat ini, 10 individu termasuk seorang wanita warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kesemua mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Aizam Mohamad Razif di talian 014 337 2711 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Serdang 03 8074 2324.

Dalam perkembangan lain, Huzir memberitahu seramai 19 individu ditahan membabitkan kes tembak seorang pengawal peribadi dan majikannya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Datok, Banting.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI