fbpx

PGA rampas lembu seludup baka Kedah-Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lembu-lembu jenis baka Kedah-Kelantan yang dirampas PGA Batalion 7 dalam serbuan di pangkalan haram Tualang hari ini.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

TUMPAT- Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 mematahkan cubaan menyeludup 21 ekor lembu baka Kedah-Kelantan dari negara jiran ke Malaysia yang dianggarkan bernilai RM126,000 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, rampasan itu dilakukan pada pukul 7 pagi ketika anggotanya melakukan rondaan di sekitar kawasan pangkalan haram Tualang, Simpangan dekat sini.

Katanya, anggota PGA melakukan intipan di tebing sungai kawasan pangkalan haram itu selepas menerima maklumat mengenai kegiatan tersebut.

“Anggota PGA telah melihat sekumpulan lelaki sedang menarik beberapa ekor lembu menyeberangi Sungai Golok menggunakan perahu.

“Semasa mengekori pergerakan lembu-lembu itu, kumpulan penyeludup itu bertindak melarikan diri ke dalam semak selepas menyedari kehadiran anggota PGA,” katanya.

Azhari berkata, pemeriksaan di sekitar kawasan tersebut membawa kepada penemuan 21 ekor lembu yang disyaki telah diseludup secara haram untuk masuk ke negara ini dari negara jiran.

Katanya, siasatan awal mendapati lembu-lembu tersebut akan dijual untuk pasaran di sekitar negeri Kelantan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI