fbpx

Penumpang bernama Orlando dapat tiket penerbangan percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Frontier Airlines menawarkan tiket percuma untuk warga AS yang bernama Orlando. - iStock

ORLANDO, California – Syarikat penerbangan tambang murah Frontier Airlines menawarkan baucar penerbangan percuma sepanjang Oktober untuk semua penumpang yang bernama Orlando, lapor Fox News.

Tawaran istimewa berkenaan sempena kerjasama syarikat itu dengan agensi pelancongan tempatan, Visit Orlando untuk menggalakkan pelancong berkunjung ke bandar itu.

Naib Presiden Pemasaran Frontier Airlines, Tyri Squyres menyifatkan bandar Orlando sebagai destinasi terbaik bagi percutian keluarga yang menyeronokkan.

“Pihak kami akan menawarkan baucar tiket penerbangan pergi balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando yang bernilai AS$250 (RM1,040) untuk semua rakyat Amerika Syarikat yang bernama Orlando sebagai nama sendiri atau nama keluarga.

“Permohonan untuk memenangi tiket ini boleh dibuat di laman web rasmi Frontier Airlines sehingga 5 Oktober ini untuk tarikh penerbangan bermula 13 hingga 20 Oktober 2020,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Bagi mereka yang tidak memiliki nama seperti bandar itu, syarikat tetap menawarkan diskaun tiket bermula AS$39 (RM162) bagi penerbangan dalam lingkungan tarikh yang sama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI