fbpx

Pekebun bunuh tanpa niat pencuri pisang dipenjara 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (tengah) dipenjara 14 tahun kerana membunuh tanpa niat pencuri pisang di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pekebun yang memukul seorang pencuri pisangnya hingga mati pada dua tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan demikian selepas tertuduh, Ismail Mohd. Don, 40, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat.

Sebelum ini, tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Hayyatuddin Mohamad dan Che Amir Che Musa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Abdul Wahab sewaktu membacakan penghakimannya berkata, Ismail didapati tidak mempunyai niat untuk membunuh dan perbuatannya memukul mangsa dengan sebatang besi berlaku secara spontan disebabkan rasa teramat marah kerana pisang yang menjadi sumber utama pendapatannya telah dicuri.

Berdasarkan pertuduhan, Ismail didakwa menyebabkan kematian Salahuddin Ismail, 48, dengan memukul kepala mangsa dengan sebatang besi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di luar sebuah rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang antara pukul 3.15 petang hingga 3.45 petang, 3 Disember 2018.

Kosmo! pada 5 Disember 2018 melaporkan, seorang lelaki me­nemui ajal dalam keadaan me­nyayat hati apabila dia dibelasah sampai mati oleh seorang pekebun dengan tandan pisang dan batang besi pada bahagian kepala.

Mangsa dipercayai mencuri beberapa tandan pisang nangka itu untuk dijual kepada seorang peraih di Kampung Tebakang di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI