fbpx

Optimis jumlah pelancong domestik konsisten

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (tiga kiri) bersama Faridah melancarkan Promosi "Fuel Penuh Gaya" oleh Paynet-Petron dengan kerjasama kementerian Pelancongan Malaysia di Petron U1 Shah Alam pada hari ini. Foto oleh Zulfadhli Zaki   

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Tourism Malaysia optimis jumlah pelancong domestik akan kekal konsisten walaupun statistik kes Covid-19 masih tidak menentu ketika ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Musa Yusof berkata, keyakinan itu bersandarkan peratusan kehadiran pengunjung di semua pusat pelancongan dan hotel di seluruh negara.

“Berdasarkan statistik yang diperoleh sehingga awal September ini, sebanyak 41 peratus pelancong domestik bercuti di destinasi pilihan mereka.

“Peratusan itu merangkumi jumlah keseluruhan pelancong yang direkodkan bagi tempoh sama pada tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen ‘Fuel Penuh Gaya-MyDebit Je dengan Kad ATM Anda’ di Seksyen U1 di sini, hari ini.

Kempen anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Petron Malaysia dan Payments Network (PayNet) itu dilancarkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Turut hadir, Pengurus Besar Petron Malaysia, Faridah Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser.

Mengulas lanjut , Musa berkata, pelancong tempatan telah matang untuk memilih destinasi percutian masing-masing ketika musim pandemik Covid-19.

“Biarpun jumlah kes berada pada tiga angka sejak kebelakangan ini, pelancong kita diyakini boleh memikirkan apa yang terbaik untuk mereka.

“Sebagai contoh, mereka tidak akan pergi ke lokaliti berisiko dan memilih untuk bercuti di destinasi lain,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI