SELEBRITI yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Nia Ramadhani memang dikenali kerana mempunyai ramai sahabat, sama ada dalam kalangan artis mahupun bukan.
Pelakon yang popular dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah itu tidak kisah jika ada dalam kalangan teman-temannya berkawan dengannya atas dasar duit.
“Aku tidak kisah jika mereka hendak berkawan dengan aku hanya kerana duit.
“Asalkan aku berasa bahagia dan gembira bersama dengan mereka,” ujar Nia.
Katanya lagi, kebahagiaan merupakan perkara yang paling penting dalam hidupnya berbanding dengan duit yang banyak.
Malah, Nia turut mendakwa sering diberitahu bahawa teman-teman yang rapat dengannya adalah disebabkan statusnya yang kaya-raya, namun dia tidak kisah tentang perkara tersebut.