fbpx

Morbidelli gembira prestasi baik jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI berasa gembira dengan prestasi jenteranya meskipun gagal menaiki podium pada GP Barcelona di Litar Catalunya Ahad lalu.

CATALUNYA – Meskipun gagal meraih podium pada Grand Prix (GP) Barcelona Ahad lalu, pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli tetap gembira dengan hasil positif yang diraih ketika ini.

Pada perlumbaan itu, pasukan Yamaha menempah barisan pertama pada sesi kelayakan selepas Morbidelli berjaya mencatat masa terpantas di kedudukan pertama dan rakan sepasukannya, Fabio Quartararo kedua manakala Valentino Rossi petak ketiga.

Bagaimanapun, pada perlumbaan sebenar, Morbidelli melakukan kesilapan dan terpaksa berpuas hati di kedudukan keempat selepas dipintas saat-saat akhir oleh dua pelumba Suzuki iaitu Joan Mir dan Alex Rins.

Pelumba Itali itu mempamerkan peningkatan prestasi yang baik dan layak untuk menjadi salah seorang pesaing terhebat dalam kancah perlumbaan MotoGP ketika ini.

“Valentino Rossi mengajar saya sesuatu tetang soal pesaing. Rossi mengatakan bahawa kehebatan seorang pelumba itu datang daripada keputusan yang diperoleh.

“Ketika ini, Quartararo sudah memenangi tiga perlumbaan manakala saya hanya menjuarai satu perlumbaan. Saya ketinggalan 31 mata dengan Quartararo. Sebelum ini, jentera saya mengalami masalah dan mengganggu rentak perlumbaan saya.

“Terdapat juga beberapa insiden lain tetapi secara keseluruhan saya gembira kerana keadaan bertambah baik. Jentera saya juga semakin laju dan terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras sepanjang minggu lalu.

“Saya harap dengan prestasi terbaik ini saya mampu membawa momentum cemerlang ini di Le Mans nanti,” kata Morbidelli. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI