fbpx

R&R Elmina ditutup empat bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) ditutup selama empat bulan bermula 7 Oktober depan.

KUALA LUMPUR – Prolintas Expressway Sdn. Bhd. (PESB) pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menutup sepenuhnya kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) selama empat bulan bermula 7 Oktober ini. 

PESB dalam satu kenyataan media berkata, penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan di kawasan Rehat dan Rawat tersebut. 

“Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) dijadual dibuka semula pada pertengahan Februari 2021. Semua gerai dan kemudahan seperti tandas dan surau tidak beroperasi sepanjang tempoh berkenaan,” kata kenyataan itu semalam. 

Menurut PESB, GCE akan menyediakan kemudahan sementara di kawasan Hentian Sebelah Lagong yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan Rehat dan Rawat Elmina (utara) untuk keselesaan pengguna. 

Tambah kenyataan itu, antara kemudahan yang disediakan di Hentian Sebelah Lagong adalah tandas, surau, gerai makanan serta tempat parkir untuk berehat.

Kata PESB, sebanyak enam buah tandas bergerak juga telah disediakan sebagai tambahan kepada tandas sedia ada di hentian tersebut. 

“Bagi memastikan keselamatan pengguna, kami akan menugaskan pengawal keselamatan 24 jam sehari dan memasang lampu limpah bagi memastikan kawasan sentiasa terang dan selamat,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI