JAKARTA – Seorang wanita muda nekad meneguk minuman keras dan terjun ke dalam Sungai Rupit dalam percubaan untuk membunuh diri kerana tidak mahu diceraikan suaminya.
Portal berita Tribunsumsel.com melaporkan, kejadian tersebut berlaku di Kabupaten Musi Rawas Utara , wilayah Sumatera Selatan kelmarin
Mangsa yang hanya dikenali dengan menggunakan nama singkatan RT dan berusia 25 tahun, dikatakan melakukan percubaan membunuh diri sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan).
Dia dikatakan tertekan selepas Suaminya kerap mengugut mahu menceraikannya, demikian menurut Tribunsumsel.com.
RT yang berasal dari Desa Lawang Agung, Kecamatan Rupit di Musi Lawas Utara bernasib baik kerana perbuatannya disedari penduduk setempat yang segera menghubungi pihak polis.
Sebuah pasukan daripada Unit Bahagian Jenayah Polis Sumatera Selatan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laduan orang awam berhubung kejadian itu.
“Beberapa anggota polis telah membawa mangsa ke sebuah hospital awam berdekatan untuk dia mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Setakat ini, mangsa masih diletakkan di bawah pengawasan intensif pihak hospital namun keadaannya stabil.
“Kami juga telah menyerahkan dia kepada keluarganya (di hospital),” kata Ketua Bahagian Jenayah, Asisten Komisioner (AKP) Dedi Rahmad. – Agensi