fbpx

Ferrari yakin kembali berdaya saing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINOTO yakin pasukan Ferrari akan dapat pelarasan sempurna ke atas jentera menjelang GP Eifel di Nurburgring, Jerman

LONDON – Prinsipal Ferrari, Mattia Binotto dilihat sedikit lega apabila mengakui terdapat peningkatan positif selepas pasukannya melakukan pengubahsuaian pada jentera SF1000 bagi Grand Prix (GP) Rusia di Litar Sochi Ahad lalu.

Pada perlumbaan itu, Ferrari berjaya mengutip mata selepas Charles Leclrec menamatkan saingan di kedudukan keenam manakala Sebastian Vettel di kedudukan ke-13.

Ferrari memasukkan beberapa perubahan pada jentera SF1000 selepas pasukan tersebut berdepan masalah kronik apabila gagal bersaing dan menyekat kemaraan pasukan Mercedes ketika ini.

Kemuncak kegagalan pasukan itu adalah pada GP Itali di Litar Monza apabila kedua-dua pelumba mereka, Vettel dan Leclerc gagal menamatkan perlumbaan di laman sendiri.

“Saya rasa kita mempunyai keseimbangan yang baik di litar ini. Kemungkinan reka bentuk litar ini menyebabkan SF1000 tidak berdepan masalah untuk pergi lebih laju.

“Saya harap pasukan terus bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang lebih sempurna menjelang GP Eifel di Nurburgring. Terdapat beberapa perubahan tetapi bukan besar-besaran.

“Pasukan cuba melengkapkan kekurangan yang kami ada untuk memastikan kedua-dua pelumba kami mampu kembali bersaing merebut podium utama,” kata Binotto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI